PENGENALAN DESTINASI MENARIK DI DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


DESTINASI MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


TAMAN TASIK TAIPING


TAMAN TASIK TAIPING Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.Taman Tasik ini dibuka pada tahun 1880.Zoo Taiping terletak di taman tasik ini.Keluasan tasik ini mencapai hingga 62 hektar.

Taman tasik ini sesuai untuk keluarga untuk beriadah, bersukan dan aktiviti-aktiviti lain.




















ZOO TAIPING



Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya Zoo yang terletak disebelah utara semenanjung Malaysia.Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini,Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan konsep terbuka.Ia diperkernalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut.Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semula jadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai





Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang daripada 180 spesis.Binatang-binatang tersebut terdiri daripada harimau,singa,gajah,badak air,zirafah,enggang,orang utan dan lain-lain lagi.Tambahan pula,usaha-usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya.Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang,singa,siamang,rusa,nilgai.






MUZIUM TAIPING

Muzium Taiping terletak diantara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu.Bangunan ini terletak berhampiran dan berhadapan penjara Taiping.Muzium Perak di Taiping ini merupakan muzium yang tertua dan pertama di Malaysia.
























BUKIT LARUT


Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. 




TUGU PERINGATAN
Mengandungi 826 tugu mangsa Komanwel yang sebelum zaman Jepun (Disember 1941-Februari 1942). Kawasan ini dibina dan dijaga oleh sebuah jabatan khas yang menguruskan tugu peringatan pejuang perang Komanwel.




                    PENJARA TAIPING
Dibuka pada tahun 1879, Penjara Taiping adalah penjara utama untuk pesalah hukuman berat di FMS. Bangunan ini juga menempatkan pejabat kerajaan, sebuah kedai roti dan kek dan sebuah kedai dobi dimana banduan bekerja. Kini, bangunan ini adalah contoh terbaik penjara abad ke-19. sebuah Muzium Penjara juga diperuntukkan.


Pasar Taiping
Terdiri daripada dua bangunan, pasar lama dibina pada tahun 1884 dan pasar baru telah dibina pada tahun 1885, dengan keluasan 200 kaki panjang dan 60 kaki lebar dan lantai konkrit, pasar ini menjadi binaan kayu dan papan paling besar di negara ini. Pasar Taiping juga merupakan contoh binaan pasar paling besar dalam abad ke-19.

KUBU CARNAVON
Kubu ini telah dibina oleh banduan Penjara Perak untuk kegunaan Pasukan Polis Bersenjata Perak pada tahun 1881, di bawah pemantauan Kolonel Walker. Pembinaannya lengkap pada tahun 1885 dan dua tahun kemudian sebuah bilik pengawal dan stor simpanan senjata dibina. Nama kubu ini dinamakan sempena ‘Earl of Carnavon', setiausaha Kolonel Daerah (1874-1878). 

PERPUSTAKAAN AWAM TAIPING  
Bangunan kerajaan ini dulunya adalah premis institusi kewangan India, Australia dan China . Kemudian dikenali sebagai Standard Chartered Bank yang dibuka oleh agensi Taiping pada tahun 1888. kini dijadikan Perpustakaan Awam. Ungkapan perpustakaan ini ialah “Perpustakaan Awam ini menyediakan bahan bacaan dan rekreasi yang bagus untuk pegawai kerajaan” iaitu pada tahun 1882.

TEMPAT PENGINAPAN DI TAIPING

Terdapat banyak tempat-tempat penginapan yang menarik dan menjanjikan panorama indah di Bandar Taiping ini seperti :

  • HOTEL SSL TRADER
  • HOTEL FLEMINGTON
  • HOTEL SERI MALAYSIA
  • HOTEL LEGEND INN
  • BUKIT JANA RESORT
  • DLL

BAGAIMANA UNTUK MELAWATI KE BANDAR TAIPING

        Jikalau pelancong dari utara perlulah memasuki lebuh raya utara dan keluar melalui tol kamunting pelancong akan dapat melihat papan tanda untuk menuju ke tempat-tempat yang menarik di Taiping.Manakala pelancong yang menggunakan lebuhraya dari selatan perlulah keluar melalui tol Changkat Jering.

            Terdapat berbagai cara untuk menuju ke Taiping keranan pelancong boleh menggunakan kereta,bas,keretapi motosikal untuk pengetahuan pelancong juga projek landasan komuter sedang dibina di kawasan Taiping ini makan dengan itu tiada masalah untuk pelancong-pelancong datang untuk melawat tempat-tempat menarik di taiping ini.